Post Follow Dash



FITOLABIL ILMI

The Princess


NOOR IZZATUL IZNIE
seorang puteri yang dilahirkan pada tahun 1997,someone who're talkative and like to daydream.

Kata kata

" Daripada Abu Hurairah RA,dia berkata: Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa yang menempuh jalan untuk menuntut atau mencari ilmu, maka ALLAH memudahkannya untuk menempuh jalan ke syurga."
"A woman HEART is a deep ocean full of secret."



Edit by: IZNIE
Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini


  
hidup tidak selalunya indah, kenapa? jawapannya ada pada diri masing masing. tapi kita manusia sentiasa diberi peluang untuk membaiki diri cuma bergantung pada diri kita sama ada mahu berubah ataupun tidak. tetapi berubah tu ada dua sama ada berubah ke keburukan atau berubah ke kebaikan. sebagai hamba Allah yang sering melakukan kesalahan kita kene sedar bahawa kehidupan kita di dunia ni tidak lah lama, di dunia ini la sebenarnya tempat kita mencari bekalan untuk bawa ke akhirat nanti. ada orang tak tahu bekalan itu apa? sebenarnya kita ini ditutup dengan kemewahan di dunia ini sehingga kita tidak tahu bagaimana untuk mencari bekalan tu, aku? dulunya seorang yang sosial, nakal, jahil dari segi agama. bila aku sudah besar, aku terfikir adakah Allah sedang mengujiku sekarang ni? aku berusaha mencari jawapannya sehinggalah sekarang, aku tidak pernah merasakan kebahagiaan seperti sekarang ni.dulu hidup aku penuh dengan kesedihan, benci, dan dendam. sampai satu tahap aku fed up dengan semua ni dan bersendirian sehingga hati aku terbuka untuk bertaubat , dari situ aku dapat jawapannya, iaitu dulu hidup aku penuh dengan kemewahan dunia sehingga aku lupa terhadap yang MAHA ESA dan kebahagiaan tu hilang tapi sekarang aku telah jumpa kebahagiaan tu kerana ia nya berpunca daripada sifat benci dan dendam yang menutupi kebahagiaan tu. aku mula belajar mengalah, sabar dan kemaafan akhirnya aku berjaya mengatasinya. aku tidak peduli apa yang orang ingin katakan asalkan ia nya tidak bertentangan dengan agama. kita di dunia ni ada pasang surutnya, kadang kadang kita berada di atas, kadang kadang di bawah. jadi kita tidak boleh putus asa dalam mengharungi ujianNYA. fisabilillah :)




kita bukanlah insan istimewa. namun, adakala kita berasa kitalah yang paling baik dan kitalah paling sempurna, sehingga ada yang terdetik kita mampu sendirian mengharungi liku-liku kehidupan. rasa itu terus menjalar ke benak hati paling dalam. ya. tanpa sedar kita tewas dalam telaha sendiri. lalu, segala teguran diabai dan nasihat dianggap dusta. ALLAH.. siapa kita untuk berasa hebat? kita hanya insan kerdil yang mengharap maghfirah ILAHI jua.