Post Follow Dash



FITOLABIL ILMI

The Princess


NOOR IZZATUL IZNIE
seorang puteri yang dilahirkan pada tahun 1997,someone who're talkative and like to daydream.

Kata kata

" Daripada Abu Hurairah RA,dia berkata: Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa yang menempuh jalan untuk menuntut atau mencari ilmu, maka ALLAH memudahkannya untuk menempuh jalan ke syurga."
"A woman HEART is a deep ocean full of secret."



Edit by: IZNIE
Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

LASAQNA


Setelah sekian lama aku takda post sebab busy je kerja tolong mak ayah, so haritu aku puasa satu family dan tetiba teragak nak makann lasagna, tapi kos nak buatnya agak mahal la sejak GST ni hihi. da secara tak sengaja along aku pun teringin makan lasagna aku wuuu. dah lama kot aku tak buat lasagna rasanya tahun lepas time sedara mara aku balik dan suruh aku buat lasagna, ha tu la last aku buat lasagna. so disebabkan along aku pun nak makan jadi dia kena la belanja bahan, hohoho. tapi kalau kita pandai bajet takdalah mahal sangat agak-agak lah time nak beli bahan tu. so kawan-kawan pun ada yang tanya macam mana nak buat jadi aku kongsi lah sedikit resepinya.. resepi ni pun aku amek dari kakak ana suzana, setakat ni resepi dia semua menjadi. sooo ini bahan untuk 4-5 orang makan.



Bahan-bahan utama dia





-Ada macam-macam jenis kepingan lasagna, tapi aku guna ni..


Bahan untuk inti daging


-sos prego traditional (botol besar)
-cendawan butang (optional)
-daging cincang 400 gram
-hotdog (optional)






-serbuk black paper dan serbuk oregano
-bawang besar 1 dan bawang putih 5 ulas dipotong dadu





-keju mozarella
-keju parmesan (nak banyak keju letak ni)
-sos cili satu sudu besar (optional)
-garam secukup rasa





Bahan untuk sos putih


-2 sudu besar buttercup
-2 keping cheesedale
-250ml susu full krim
-2 sudu besar tepung gandum
-garam secukup rasa


Cara membuat inti daging:


-Masukkan 4 sudu besar minyak masak
-Tumis bawang-bawang yg di cincang td tunggu sampai naik bau..
-Masukkan pula daging cincang..





-Gaulkan hingga daging berubah jd kaler cokelat seperti gambar di atas then tuang sos prego td. tuang semua sekali.
-Masukkan garam secukup rasa..
-Masukkan pula serbuk oregano kemudian masukkan cendawan butang
-Masukkan satu sudu besar sos cili
-kemudian tabur serbuk black paper dan SIAP!






Untuk sos putih pula:


-cairkan butter didalam kuali dengan api kecik je kemudian masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan gaul sebati
-masukkan full krim tadi
-Masukkan keju cheesedale. kacau sampai keju tu sebati..




-Masukkan garam secukup rasa dan kacau sampai jadi likat seperti gambar di atas dan SIAP!


Cara melapis lasagna


-Ambik loyang yang sesuai suka hati korang nak guna loyang apapun, susun kepingan lasagna     
sampai menutup semua bahagian loyang..
-Taburkan dengan inti daging tadi
-Tuangkan sos putih, lg banjir lg bagus.. tutup sampai hilang pandangan inti daging tu..
-Taburkan cheese parmesan dan mozarella





-Ulang balik cara yg sama sampai jadi macam gambar diatas, tak kisah nak buat berapa layer yg penting last sekali mesti sos putih dan cheese yg di tabur, tapi standart adalah 3 layer saje..
-Masukkan dlm oven make sure oven dah di panaskan awal-awal dengan suhu 180 celsius. bakar sampai keju tu agak-agak perang atau masak semuanya. dlm 30-40 minit juga kot.. bergantung pada size oven korang guna api atas bawah ye.

Dan akhir sekali dia akan jadi seperti ini
 
 

JEMPUT MAKAN ..