Post Follow Dash



FITOLABIL ILMI

The Princess


NOOR IZZATUL IZNIE
seorang puteri yang dilahirkan pada tahun 1997,someone who're talkative and like to daydream.

Kata kata

" Daripada Abu Hurairah RA,dia berkata: Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa yang menempuh jalan untuk menuntut atau mencari ilmu, maka ALLAH memudahkannya untuk menempuh jalan ke syurga."
"A woman HEART is a deep ocean full of secret."



Edit by: IZNIE
Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini


 
 
hari demi hari aku diuji, aku terima segala ujian yang ALLAH beri pada aku, mula mula dulu aku selalu merungut bila ditimpa musibah atau apa apa pun, sehingga suatu hari aku tersedar bahawa aku hidup di dunia ni hanya sekejap. aku terasa ianya sudah dekat menghampiri aku jadi sampai bila aku ingin teruskan sikap buruk aku ni kan. menangis? tiada gunanya sebab ALLAH ada dengan aku, buat apa aku nak membazirkan masa aku untuk keluarkan air mata semata mata untuk ni. bukan aku saja di uji malah satu family aku diuji oleh ALLAH, tapi aku tetap bersyukur kerana ALLAH masih sayangkan family aku dan beri ujian ni untuk teruskan kehidupan maybe semua ni ada hikmahnya. banyak pasal agama aku tidak tahu , tapi aku cuba untuk mencari dengan sendiri. benda paling menyakitkan hati bila orang mainkan salah seorang dari family aku, aku sangat marah bertambah dengan geram terhadap orang tu. YA ALLAH berat sungguh ujian mu ini. hmm aku rasa sudah menyusahkan ramai orang didunia ni. aku tidak mahu berdendam mahupun membenci orang itu, dulu aku ada seorang kawan ni yang ramai orang tidak suka padanya, sampai satu tahap dia tikam belakang aku dengan memburukkan aku, WALLAHUALAM . aku mula marah dan benci dan perasaan ingin balas dendan terhadapnya, akhirnya aku berjaya. sampai suatu hari aku berasa hidup aku ini tiada kebahagiaan. dari situ aku sedar bahawa aku sudah melanggar perintah ALLAH. aku sangat menyesal dan akhirnya aku bertaubat. sejak dari tu aku ingin berbaik dengan semua orang. tapi ianya belum selesai, aku ditimpa lagi dengan satu masalah , aku mengambil keputusan untuk bersabar dan harunginya dengan penuh tabah. baru aku sedar sahabat sebenar aku adalah ALLAH SWT yang MAHA ESA LAGI MAHA PENYAYANG.

ketika diri tidak punya siapa-siapa, DIA datang membawa rahmat, lantas, hanya DIA tempat bersandar, hanya DIA tempat meraih ketenangan. jika di dalam hati tiada iman, pasti lorong kegelapan akan diredahi. mujurlah dengan adanya DIA kita hidup. dengan kasih sayang-NYA jiwa tidak lagi kecewa. ALLAH, ENGKAU adalah segala-galanya.